Pages

Thursday, December 30, 2010

Tukar Template Blog Lagi!!!

Wah...aku tukar template blog lagi!!!! Color pink pulak tu..apa kena dengan ko ni iena..hahaha, skang nak jadi mama pinky. tiba2 terminat color pink..pelik & ajaib, mungkin jiwaku dah lembut kot tu lah tiba2 pilih cOlor pink!! nampak sweet pula, lagi-lagi ada sorg budak pOmpuan kat tepi..nampak cam kebudak-budakkan gitu, huhuhu....perasan jap macam budak2..:p

Sempena nak masuk tahun baru ni, owg semua dOk sibuk berazam berbagai-bagai, tapi aku pula sibuk menukar
mencari template BloG. Sebenarnya banyak jer Azam tahun baru aku kali ni, mana x nya..Anak makin bertambah, Perangai pun nak di ubah... Nanti aku akan senaraikan apakah Azam tahun baru ku 2011....

Wednesday, December 29, 2010

TAHNIAH Pasukan Bola Sepak MALAYSIA

AFF SUZUKI CUP 2010
Malaysia VS Indonesia

                                                     Dengan Keputusan  2 - 1                                                                
29 Disember 2010 (Rabu), 8.00 malam.... Bersemangat aku & Mr Hubby duduk di depan televisyen..nak tengok pasukan bola Malaysia menentang Indonesia.. Wooo terjerit-jerit Mr Hubby ku, yang aku pula rasa macam dah nak terberanak tengok perlawanan ni..betul-betul mencemaskan..mana tak nya pada 1st half masa pertama pihak lawan duk mengasak jer nak jaringan....Sib baik lah pasukan Malaysia dapat bertahan..tapi yang paling menarik minat ku adalah Gol Keeper Malaysia..sangat bergaya beb, memang TERBAIKLAH.. tak sia-sia aku bersemangat ingin melihat pasukan bola kita!! 

TAHNIAH buat semua Pasukan Bola Sepak MALAYSIA

Monday, December 27, 2010

Kisah Si Toto & BF nya..

Di suatu petang yang indah...Sedang aku termenung keseorangan di jendela...tiba-tiba, BF si Toto berjalan di atas atap depan rumahku.....Hahaha...terus aku membuka pintu & memberi peluang kepada Toto untuk bercinta cintun..
    
      Kalau korang nak tau...Ini lah si Dia yang bergelar TOTO
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jeng..jeng..jengggggg

Inilah si TOTO kesayanganku..banyaknya sampah sarap..huhu

Dan BFnya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jeng..jeng..jeng

Inilah BF si Toto...pemalu..huhuhu
namanya pun aku tak tahu..yg aku tahu ni kucing owg atas umahku...huhu siap booking..utk menjadi pasangan  
Si Toto nanti..hehehe punyalah x sabar nak Toto ada anak..(^_^)
walaupun dah tua, yang penting bakanya yg aku inginkan..hehehe

Sesi berbicara sesama mereka bermula..hehehe, hanya sementara..kerana selepas itu..
hujannn daaaa..heheheh terus kena masuk umah..Shian Totoku...

Dan yang terakhir..mestilah bersama tuannya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jerg jeng jeng..

Sekiannnn..dahulu updateku tentang haiwan kesayanganku....akan ku updatekan lagi kisah nya buat tatapan semua..(^_^)

Thursday, December 23, 2010

Aku PUAS!!!

Semakin aktifkah diriku sebagai seorang blogger,
mungkin semenjak dua menjak ni membuatkan aku aktif,
sejak aku mula wujudkan Blog RianaBoutique ku,
banyak yang telah kupelajari,
dan sudah banyak aku layari blog teman-teman seperjuangan,
mereka sangat pandai menghias blog, memberi kata-kata yang indah di blog mereka,
tetapi aku..hahaha hanya luahan biasa, 
luahan insan biasa yang bergelar Anak, Isteri & Mama.
tidak pandai bermain dengan kata-kata seperti teman-teman yang lain..

Blog ini hanya untuk aku luahkan apa yang sedang bermain dimindaku,
dan ada masanya jari jemariku ini yang berlari dengan sendirinya, 
mengikut sanubariku,
meluahkan isi hatiku,
suka duka ku, 
aku puas meluahkannya di sini,
kerana aku seorang insan yang tidak mudah meluahkan perasaan secara berkata-kata.. 
pemalukah aku??
mungkin aku tidak mahu orang lain mengetahui isi hatiku ini..
tetapi dengan menulis aku puas....
terasa diri ini melayang gembira kerana dapat meluahkan apa yang kurasa...
tidak perlu menatap wajah seseorang untuk meluahkan isi hati ini..

Memang sejak dari dahulu,
ketika bercinta,
aku memang payah meluahkan isi hatiku,
apatah lagi dengan insan tersayang...
berat sungguh mulutku ingin berkata-kata
cuma yang beza dahulu..aku menulis di diari ku,
tidak pandai berblogger seperti sekarang..
hahaha
maju sikit la sekarang ni..:p

Yang penting kini,
aku bahagia dan gembira
dengan kehidupanku ini,
walaupun banyak dugaan yang memeritkan
aku tabah melaluinya
kerana adanya blog ini...
aku melepaskan segala isi hatiku...
ya...
aku PUAS...

~Siti Sabarina~
Kebahagiaan Kini Milikku

Tuesday, December 21, 2010

33 weeks usia kandunganku..(^_^)

Salam to all ..hurm topik entri kali ni, aku nak cerita mengenai check up kandungan ku di Pusat Perubatan Naluri semalam. Sangat penat menunggu giliran, dah macam pergi hospital kerajaan pula..duk mengeluh jer aku keseorangan.. Mr Hubby pergi ambil anakku yg kecil di rumah ibuku. macam2 ragam juga aku  lihat geng-geng seperjuanganku (mak buyung) menunggu giliran..hahah, ada yang dah tak sanggup menunggu terus balik..sebab doc yang nak cek tu ada kes owg nak beranak kat atas..tu lah lambat sikit.

Tunggu punya tunggu...giliran aku pun sampai, fuh lega bangat aku time tu..semua nya berjalan seperti biasa, baby didalam kandunganku ini pun beratnya sudah 2.1 kilo, nampak juga bebird dia..hehee

Barang baby pun masih belum di beli..maybe dalam minggu ni aku rancang nak pergi beli, sibuk sangat aku minggu ni, dengan keadaan yg tak berapa nak sihat.. hurm yang paling menyakitkan, badan2 aku selalu sangat sakit..rupa-rupanya calcium di dalam badan aku sangat berkurangan.so doc mensarankan aku mengambil pil calcium 2 kali sehari...huhuhu..

Sekarang ni aku sedang menghitung hari untuk melahirkan anakku ini..sekejap jer rasanya dah 33 weeks..
Doakan aku semoga dipermudahkan proses melahirkan anakku ini..=) amin...

Saturday, December 18, 2010

Aku sudah bergelar "MAK CIK"

Begitu pantas masa berlalu, sedar tak sedar anakku semakin membesar dan bertambah. Alhamdulillah ini semua rezeki daripada Allah S.W.T. aku gembira dengan kehidupan ku ini. Umur pun semakin meningkat, kadang-kadang bila termenung sendirian aku macam tidak percaya aku sudah mempunyai empat anak dan umurku sudah menjangkau 26 tahun. mana tak nya perangai aku masih seperti dahulu, terlalu ceria, kebudak-budakkan & memang kecoh.

Panggilan "MAK CIK"..hahahaha, teringat aku kejadian semalam, macam tidak percaya sebenarnya aku sudah di gelar "MAK CIK"..memang aku ni berangan jer nak muda kan..hahah walhal anak dah berderet sah-sah memang layak aku di gelar "MAK CIK"....ceritanya begini,

14 Disember 2010 (Rabu), Jam 8.30 pagi..
Masa untuk pergi ke kerja, aku pun turun tangga dari rumah aku dan terlihat dua orang budak  (cucu owang bawah umah aku) sedang leka bermain kayu kat belakang blok. Tiba-tiba hati aku dapat merasakan yang diaorang ni sedang kacau kucing kesayangan ku yang di gelar "TOTO", sebab aku tau sangat si TOTO ni memang suka duduk bersantai di atap balkoni belakang dapur umah ku itu.... Dengan pantas terus aku pergi terjah diaorang. Inilah perbualan antara aku dan budak-budak tu.......

Budak Kecil : Sedang menjolok kayu tu ke arah TOTO 

Aku:  Adik.....jangan buat macam tu kat kucing  "MAK CIK" 

Budak kecil : Owh ni kucing "MAK CIK" ker?? dia nak turun lah "MAK CIK" tapi dia takut. tu  lah kitaorang nak tolong dia turun...

Aku : Tak per dik..dia memang suka duduk kat situ..biarkan dia ea..jangan kacau dia lagi tau..                                      (aku terus beredar dari situ)

Hahahaha..aku terus gelakkan diri aku sendiri..wahhhh aku dah jadi "MAK CIK"...macam tak percaya jer yang aku sendiri mengelarkan diri ku ini "MAK CIK"... dah tua dah aku ngupanya..hahaha peristiwa ini memang membuatkan aku tersenyum seharian di office...

Pengajarannya jangan berangan nak panggilan nama KAKAK yea Puan Siti Sabarina...awak tu dah jadi   "MAK CIK"... anak pun dah nak masuk empat...hehehehehe (^_^)

Thursday, December 2, 2010

Selamat tinggal bulan penderitaan..

Selamat tinggal bulan penderitaan,
pergilah jauh dari hidupku,
biarlah aku mengharungi bulan yang indah selepas melalui bulan penderitaanmu,
lepaskan lah aku,
walaupun hanya secebis sahaja rasa indahnya di bulan seterusnya
aku tetap bersyukur...

Selamat tinggal bulan penderitaan,
yang tidak mungkin aku lupakan di dalam hidupku,
walaupun aku melambai untuk meninggalkanmu,
kenangan di bulanmu itu tetap kukuh kuat di dalam sanubariku...

Selamat tinggal bulan penderitaan,
janganlah engkau kembali untuk membuatkan aku sengsara lagi,
bukan aku ingin menyalahkanmu,
tetapi bulanmu inilah yang banyak membuatkan aku terluka..

Selamat tinggal bulan penderitaan.........

Thursday, November 25, 2010

30 Minggu Usia Kandunganku..

26 November 2010 (Jumaat), genap sudah usia kandunganku 30 minggu. Pantas sungguh masa berlalu, pejam celik pejam celik dah besar kandunganku ini. Lagi dua bulan aku akan melahirkan anakku yang keempat ini. Aku bersyukur sangat sebab tiada alahan sepanjang tempoh 30 minggu ni. Cuma mood jer
tak begitu cantik...mungkin pembawakan budak agaknya, agak sensitif aku kali ini, cepat naik angin dan macam-macam lagi..hurmm

Sepatutnya semalam 25 November 2010 (Khamis) aku ada check up di Naluri, tapi aku tak pergi pun sebab aku dah nak mula check up kandunganku ini di Klinik Ibu & Anak di Sri Rampai. Sebenarnya aku lebih selesa check up di klinik kerajaan berbanding klinik swasta. Banyak perbandingan di antara klinik kerajaan dan swasta. Walaupun terpaksa tunggu lama di klinik kerajaan tapi aku puas hati sebab ia begitu detail membuat pemeriksaan dari janin di dalam kandungan sehingga ke kesihatan ibu. Jika di Naluri pemeriksaan rutinnya berlainan kerana mereka hanya cek berat, air kencing, tekanan darah dan scan baby, buku untuk aku membuat rujukan perkembangan janin dan aku juga tiada.

Nama anak dalam kandunganku ini juga telah ada..wah begitu cepatkah aku memilihnya, En.Somi pun setuju dengan nama yang akan di beri..tunggu dia sudah dilahirkan baru aku akan beritahu apakah namanya..Wah tiba-tiba rasa macam tak sabar nak lahirkan anakku ini..dan apabila teringat kesakitan saat aku melahirkan ketiga-tiga anakku dahulu tiba-tiba juga terasa takut pula..hahaha. Perasaan apakah ini yang bermain dimindaku??? (sambil tersenyum)..

Pengalaman mengandung dan melahirkan anak telah aku perolehi, setiap anakku berbeza-beza. Yang sama hanya ketika aku sedang bertarung nyawa untuk mengeluarkan anakku..Suami tercinta tiada di sisi.=( ..kerana untuk anak pertama dan keduaku, suami tidak di benarkan masuk ke labour room kerana ada satu kes si suami pengsan melihat isterinya melahirkan anak...huahuahua, untuk anak ketigaku suami di benarkan masuk tetapi masa tu, suamiku buat kerja part time (malam) sebagai pengawal keselamatan dan susah untuk keluar pada waktu itu kerana bertugas berseorangan. dan untuk anakku yang keempat ini, aku amat berharap suamiku dapat menemani aku ketika melahirkan anaknya..=)

Doa Seorang Isteri

Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suaminya...

Monday, November 22, 2010

~Penat~

Hurm..
Begitu payah ingin aku meluahkan apa tersirat dan tersurat di fikiranku kini..
Penat..dan penat itu sahaja yang mampu terkeluar dari mulutku ini..
Terlalu banyak aku berfikir sehingga merungsingkan kepala ku ini..
Huh..minggu yang memenatkan...sangat memenatkan..

Dengan keadaan diriku yang tidak begitu sihat,
Perasaan pun tidak begitu stabil,
Membuatkan aku semakin penat..malas dan bermacam-macam lagi...hurmmm

Keadaan anak-anakku juga tidak begitu baik pada minggu lepas,
Mungkin sedikit sebanyak telah membuatkan aku berperasaan begini...
Aku begitu merasakan diri ini tidak bermaya..
Semangat aku pun entah hilang kemana..
Ia bagaikan berterbangan dari hari ke hari..
Entah mencari hala tuju yang tidak pasti..
Sengaja aku mengukir senyuman, dan sengaja membiarkan diriku bergembira..
Sedangkan..di dalam hati ini...tiada siapa yang mengerti..
Aku tidak bermaya...lemah...dan fikiranku berserabut...
Ya aku sangat penat ketika ini.....penat memikirkan berbagai-bagai hal yang terjadi sejak kebelakangan ini..
Hurmmmmmmmmmm....

Monday, November 8, 2010

Rajuk hatiku..

Terlukanya hatiku pada saat ini,
perlukah aku menjerit untuk meminta simpati,
perlukah aku meluahkan kepada semua bahawa aku sedang terluka,
bagaimana harus aku luahkan perasaan yang terbuku dihatiku ini,
begitu berat untuk aku tanggung sendiri,
kerana ia telah parah dan sangat menyakitkan tatkala aku bersendirian.....

Perlukah aku berkongsi bersamanya?
sedangkan dia yang membuatkan aku terluka,
tahukah dia aku terluka kerananya,
setiap hari harus aku laluinya sendirian,
rajukkah hatiku kini....:(

Bersedih,
perlukah aku memberitahunya aku sedang bersedih dengan kelakuannya,
arghhhh..aku bukan insan sebegitu,
yang mudah meluahkan isi hatiku,
dan akhirnya aku yang menanggung kesakitannya sendirian,
dan membiarkan ia melukakan hatiku selamanya....
perlukah aku mendiamkan diri dan membiarkan hatiku terguris...

Mengapa begitu sensitifnya aku kini...
lemahkah aku pada ketika ini?
sudah dalamkah terguris hatiku kini berbanding dahulu...
mungkin kerana telah lama aku menyimpannya seorang diri,
rajukkah hatiku kini..:(
ya...hatiku telah parah...
parah di sebabkan insan yang paling aku sayangi..

Biarlah hanya aku yang mengetahui tentang hati ini..
biarlah hanya aku yang menanggung derita ini,
tidak akan aku meluahkan perasaan ini..
biarlah ia tersimpan rapi di hatiku...

Tuesday, October 19, 2010

::24 Weeks::

Alhamdulillah sudah masuk 6 bulan bersamaan (24 minggu) usia bayi ku.. 
Pergi check up untuk detail scan babyku pada 17 oktober 2010 (Ahad), 
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..
Bayiku ini sihat..:)

Inilah bayi yang sedang ku kandungi..
Sungguh teruja masa mula2 melihatnya..:)
yer la..sebelum ni tak pernah pun scan 3D mcm ni..
Tiba-tiba rasa cam tak sabar lak nak tunggu kelahirannya..huhu

Tetapi berbeza nya mengandung kali ini,
Aku tak cukup calcium..:(
Kerap sangat kena kekejangan di bahagian kaki..
Hurm... takut juga aku apabila mengetahui gigi pun boleh gugur di sebabkan kurangnya calcium..:(
Nasib baik Doktor pun dah bagi calcium yang agak kuat..
Bertambah rajinlah aku makan ubat calcium itu...
Kalau tak..huhuhu asyik lupa jer nak makan ubat..
hehehe..

Thursday, October 14, 2010

::Bahagiakah Aku::

Aku,
Seorang insan yang bergelar Isteri kepada Suamiku Mohd Kamarul Azlan,
Banyak dugaan yang kutempuhi,
Berbagai rintangan yang kulalui,
Pahit manis dikongsi,
Terima kasih yang tidak terhingga kepada suamiku,
Kerana memberi kebahagiaan kepadaku...
Tidak pernah aku menduga sebelum ini...
Kisah perjalanan hidupku....
Walaupun banyak rintangan dan dugaan yang kuhadapi,
Aku bersyukur kerana aku dapat laluinya bersamamu..
Ia ujian hidup yang akan ditempuhi oleh setiap manusia dari ilahi...
Cuma dugaan yang diberi berlainan setiap insan di muka bumi ini...

Suamiku,
Engkau adalah anugerah terhebat dari ilahi buatku,
kita telah ditakdirkan bersama,
Aku bahagia sepanjang hidup bersama denganmu,
Tidak pernah aku menduga akan bersatu bersamamu,
Inilah yang dikatakan jodoh dari ilahi buat ku....
Semoga perhubungan ini kekal sehingga ke akhir hayatku...
Dan semoga engkau turut bahagia sepanjang hidup bersamaku..

Anak-Anakku,
Engkau adalah nyawaku..
Engkaulah penyeri hidupku..
Engkaulah Ilhamku,
Engkaulah hartaku yang paling berharga,
Gelak tawamu, tangisanmu, suaramu adalah nadiku...

Ya..aku bahagia kini..kerana kalian adalah pelengkap hidupku...

Tuesday, October 12, 2010

::Boy or Girl::

Girl or Boy itulah yang bermain difikiranku sepanjang mengandung buat kali yang ke empat ini..mana tak nya setiap kali pergi check up sebelum ini, scan mesti tak nampak babyku ini boy or girl...

6 Oktober 2010 - Tarikh hari jadiku, sudah ku berdoa terlebih dahulu sebelum pergi membuat check up selepas balik kerja. Supaya babyku ini menunjukkan jantinanya kepadaku..kira hadiah hari jadiku la kononnya..huhuhu
Tapi doaku ini memang terkabul..apabila Doktor scan jer, memang nampak jantina babyku ini...babyku adalah Lelaki....Alhamdullilah, ia sihat..

Masih tiada rezeki untuk aku mendapatkan anak perempuan, kecewakah aku....mungkin pada mulanya aku kecewa..tetapi nasib baik ada Papa disampingku menguatkan semangat..terus aku terfikir..Ya Allah kenapalah aku ada perasaan sedemikian...sepatutnya aku bersyukur kerana telah dikurniakan anak..tidak kisahlah ia lelaki atau perempuan..janji ia sihat seperti yang lain...mengapalah aku jadi sedemikian..berfikiran sedemikian...mungkin kerana aku terlalu mengharap......mengharap..dan mengharap....dan kini aku redha..ia bukan rezeki ku lagi untuk mendapatkan anak perempuan....

17 Oktober 2010 ni aku ada temujanji sekali lagi untuk detail scan babyku ini..untuk melihat dalamannya..ada sakitkah, atau sebaliknya..sebelum ni tidah pernah pula aku buat detail scan for dalaman baby..sebab ada promotion kat Naluri..so aku buat jer lah..Semoga babyku ini sihat dan sempurna seperti yang lain..amin..

Siti Sabarina 
Kebahagiaan kini miliKku.....

Tuesday, October 5, 2010

::Toto & Giegie::

Entry kali ini, agak menarik bagi saya kerana ia mengenai keluarga kecil baruku..iaitu Toto & Giegie. Setelah sekian lama tidak mempunyai haiwan kesayangan, akhirnya rezeki saya untuk mendapatkan haiwan kesayangan kembali, telah diberi. Terima kasih yang tidak terhingga kepada insan yang bergelar Siti Nuraznie (Kak Aznie) kerana telah memberi kucing yang sangat comel dan kucing tersebut daripada baka yang baik juga tanpa sebarang bayaran..oh sungguh terharuuu....

Tiger..oh nama ini tidak pernah saya lupakan, terlalu banyak kenangan bersamanya. Walaupun ia hanya seekor kucing biasa tetapi cukup istimewa bagi saya. masih terbayang-bayang saat membelainya, bermain bersamanya, bahkan tidur juga selalu ditemani olehnya apabila papa bekerja pada waktu malam. Tiger seekor kucing yang agak agresif, malah ditakuti oleh papa kerana suka menerkam dan mengigit ketika melihat orang berjalan, cakaran dan gigitannya pula memang akan meninggalkan tanda seperti luka sehingga ada masa ia berdarah. Wah sungguh ganaskan, tetapi disebabkan gurauannya sebegitu saya sudah tidak berasa sakit bahkan dah lali dengan cakaran atau gigitannya itu. Oh kenangan yang tidak dapat kulupakan sehingga ke hari ini..

Toto & Giegie...memang saya tidak menyangka dapat sekali dua ekor, kerana pada mulanya hanya seekor sahaja yang diberi iaitu Toto kerana yang lain telah ada mama angkatnya. tetapi rezeki memihak kepada saya, pada saat-saat akhir hendak mengambil Toto, mama angkat si Giegie tidak jadi mengambilnya...dan akhirnya Giegie dan Toto kepunyaan saya.

Papa....oh sungguh tidak percaya..papa juga sebenarnya menyanyangi kucing, sangat terkejut apabila melihat papa membelai Toto & Giegie. Anak-anak pula memang dari dulu menyukai kucing cuma tiada kesempatan sebelum ini untuk membelanya. Dan apabila dah ada Toto & Giegie di depan mata..duduk menghadap jer kucing-kucingnya itu. yang seronoknya mereka dah tak bergaduh di rumah seperti selalu...kerana leka bermain bersama Toto & Giegie...lagi-lagi sekarang Toto & Giegie sangat aktif bermain kerana usianya baru mencecah 2bln lebih..:)

Semenjak adanya mereka di rumah, nak balik pun tak sabar kerana ingin melihat mereka. Terasa kelainan apabila ada Toto & Giegie...dan sekarang kami sekeluarga hanya menunggu baby yang sedang dikandungi oleh saya ini untuk melengkapkan lagi keluargaku ini..... Oh tak dapat digambarkan kegembiraan keluarga ku kini...

Siti Sabarina 
Kebahagiaan kini miliKku.....

Wednesday, September 22, 2010

~Misi Yang Akan Kulakukan Selepas Ini~

Misi yang akan kucapai selepas ini....huhuh
aku mau buat dress seperti ini.....
                                                          1st Dress
                                                           2nd Dress
  
Inner 3 layer &  Earing
      
Pin & Headband

huhuhu bab-bab berangan kasi jer kat aku..kuikuikui...
merandung kali ni..makin menjadi2 lak keinginan..huhu
Pening lagila En Suamiku..hehehehe

:: 40 Minggu Yang Ajaib ::

Minggu 1
Bayi
Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.
Anda
Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari. Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida.
Minggu 2
Bayi
Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh dengan kukuh pada endometrium.
Anda
Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folik, besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat.
Minggu 3
Bayi
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm. Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.
Anda
Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju. Namun terdapat beberapa jenis keju yang b oleh menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukkan.
Minggu 4
Bayi
Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta(urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)
Anda
Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan
Minggu 5
Bayi
Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung.
Anda
Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.
Minggu 6
Bayi
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini membesar jari kelengkeng dan pergerakkannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.
Anda
Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.
Minggu 7
Bayi
Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk.
Anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu, jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga mudah berasa letih.
Minggu 8
Bayi
Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.
Anda
Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak.
Minggu 9
Bayi
Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.
Anda
Berat badan mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.
Minggu 10
Bayi
Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.
Anda
Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.
Minggu 11
Bayi
Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.
Anda
Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.
Minggu 12
Bayi
Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.
Anda
Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.
Minggu 13
Bayi
Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.
Anda
Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.
Minggu 14
Bayi
Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.
Anda
Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.
Minggu 15
Bayi
Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.
Anda
Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.
Minggu 16
Bayi
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.
Anda
Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.
Minggu 17
Bayi
Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.
Anda
Pinggan ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa.
Minggu 18
Bayi
Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.
Anda
Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah.
Minggu 19
Bayi
Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.
Anda
Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.
Minggu 20
Bayi
Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.
Anda
Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng.
Minggu 21
Bayi
Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya.
Anda
Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.
Minggu 22
Bayi
Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar.
Anda
Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah.
Minggu 23
Bayi
Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga mula pandai tersedu.
Anda
Jika tangan dan kaki beng kak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini dinamakan sebagai oedema.
Minggu 24
Bayi
Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakkannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan setoskop biasa. Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik atau lagu.
Anda
Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kecing manis atau diabetis pada minggu ini.
Minggu 25
Bayi
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin sktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.
Anda
Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan.
Minggu 26
Bayi
Mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan.
Anda
Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru.
Minggu 27
Bayi
Bayi makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan berkedut dan diselaputi dengan satu lapisan yang dinamakan vernix caseosa
Anda
Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kecing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal.
Minggu 28
Bayi
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit.
Anda
Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa melekit.
Minggu 29
Bayi
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.
Anda
Dengan perut yang semakin besar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.
Minggu 30
Bayi
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.
Anda
Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.
Minggu 31
Bayi
Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap.
Anda
Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.
Minggu 32
Bayi
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa.
Anda
Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.
Minggu 33
Bayi
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas.
Anda
Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.
Minggu 34
Bayi
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna.
Anda
Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi pada peringkat ini.
Minggu 35
Bayi
Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga.
Anda
Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.
Minggu 36
Bayi
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.
Anda
Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.
Minggu 37
Bayi
Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan.
Anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin.
Minggu 38
Bayi
Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya.
Anda
Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.
Minggu 39
Bayi
Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu.
Anda
Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.
Minggu 40
Bayi
Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.
Anda
Anda mula terasa tanda-tanda sebelum bersalin: sakit belakang, sakit seolah-olah senggugut, pergerakan perlahan usus, kontraksi dan pecah ketuban. Dalam pada itu akan ada perasaan takut untuk bersalin dan ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk meneran.

~maksud hadith~
Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya

//Sumber : Nora'z 

Tuesday, December 28, 2010

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...