Fuh naik pening juga la aku, bila dapat surat dari Cikgu sekolah Anak-anakku yang menyatakan ibu & bapa wajib membuat tabung menggunakan tin susu, ia satu pertandingan bagi menggalakkan budak-budak menabung. Yang memeningkan aku, macam mana la aku nak buat tabung untuk anak-anakku ini, aku bukan lah sekreatif mana!! Nasib baiklah ada Papa yang banyak membantu..Papa buat tabung untuk Abang dan aku buat untuk Areen. Anak-anakku siap berpesan lagi sebelum aku membeli barang-barang untuk menghasilkan tabungnya.."mama..mama..buat cantik-cantik tau..Abg nak menang.." begitu bersemangat anak-anakku ini..Setiap hari selepas balik sekolah mesti tanya "mama tabung Abang & Areen dah siap ker??"..aku selalu menyakat diaorang..."Ala belum la bang, mama tak nak buat la, mama tak pandai la bang..." lepas aku cakap macam tu...terus berubah reaksi muka anakku itu..owh kesian sangat aku melihatnya..
Sehari sebelum tamat tarikh pertandingan ini, baru aku bersibuk-sibuk nak cari barang-barang. Lepas cari barang-barang yang diperlukan, mulalah operasi menyiapkan tabung anakku di rumah bersama Papa.. Setengah hari jugalah baru siap tabung anakku ini...dan inilah hasilnya....
**
*
*
*
*
Inilah hasil dari tangan Papa utk Abang...
&
*
*
*
*
*
*
Inilah hasil tangan Mama untuk Areen...
dan apabila bergabung.....
Inilah hasilnyaaaaa...
Walaupun tidak secantik rakan-rakan anakku yg lain, Anakku tetap gembira, kerana tabung yang mereka inginkan telah siap..dan telah di hantar...siap ucap Terima Kasih lagi kat mama & papa...owhh sungguh terharuuuu..(^_^)...I loveeee u sooo muchhh anak-anakku!!!!
Mama sangat bahagia apabila melihat kalian gembira!!!!!!