Pages

Tuesday, February 2, 2016

Saya tekad!

Assalamualaikum w.b.t.

Saya bukanlah seorang penulis yang hebat berbicara. Namun, disaat sedang merasa ingin meluahkan isi hati, disinilah nukilan hati akan tercoret.

Sedang menghitung hari-hari terakhir saya berkhidmat di sana. 2 minggu dari sekarang, khidmat saya sebagai seorang pekerja di sebuah syarikat akan bertukar menjadi seorang suri rumah tangga dan mengambil upah menjahit sepenuh masa. 

6 tahun saya berkhidmat disana Bukanlah waktu yang singkat. Terlalu banyak kisah suka dan duka, pahit dan manis sepanjang tempoh tersebut. Payah ingin saya luahkan satu-persatu, kerana saya sayang, sayang dengan kerjaya saya dan dikelilinggi dengan sahabat-sahabat yang benar-benar saya sayangi.

Hampir 3 bulan saya dan En. Karl mengambil masa untuk berfikir akan keputusan yang akan dilakukan.Ya! Kami telah sepakat dan membuat keputusan bahwa sudah tiba masanya untuk saya menumpukan sepenuh masa untuk keluarga. Hanya kami yang mengetahui akan masalah yang kami tanggung sepanjang saya bekerja, dari segi penjagaan anak-anak dan lain-lain. Tidak perlu saya huraikan satu persatu-satu. Cukuplah hanya saya dan En. Karl sahaja yang mengetahuinya. Saya tekad! Surat perletakan jawatan dihantar pada 26 Januari 2016.

Riaksi!
Oh, perkara ini juga membuatkan saya begitu takut, down dan macam-macam lagi. Setiap orang mempunyai pemikiran yang positif dan negetif. Banyak pendapat dan pandangan yang diberikan. Ada yang menyokong dan ada yang bertanya malah pertikaikan sama ada dengan hanya pendapatan En. Karl seorang yang bekerja dapatkah menampung kos pembelanjaan kami dan bolehkah saya membantu dia dengan mengambil upah menjahit walhal saya baru bertatih didalam dunia jahitan ini. Ahaks! Bagaikan batu menghimpap kepala ketika itu!. Saya hanya mampu tersenyum, namun didalam hati :'(.

Saya tidak salahkan mereka untuk membuat andaian begitu, kerana dengan kos sara hidup yang begitu tinggi  dan mempunyai tanggungan anak-anak seramai 5 orang yang sedang membesar saya boleh membuat keputusan sebegini. :)

InshaAllah rezeki di bumi Allah ini luas. Ada sahaja rezeki untuk anak-anak kami. Semakin hari, persoalan yang sentiasa bermain difikiran sedikit demi sedikit menguatkan lagi diri saya dan semakin dekat ingin pergi dari dunia bekerjaya ini sebenarnya saya lebih berasa yakin.

Saya juga menanam azam, untuk mencapai cita-cita yang saya genggam! Saya akan buktikan! InshaAllah. Demi keluargaku Babariena ♡♡.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...