Pages

Monday, September 19, 2016

Kedai Kecil Omak Den!

Assalamualaikum..

Tepat je jarum jam pukul 5. Hero2 dan makbuyung terus bersiap pergi kedai kecil omak den.

Bawah rumah je kedainya, omak den tinggal kat PPR Air Panas je haaa.. jual rojak buah dan air buat sementara waktu. Cukup bulan ni baru mila jual ayam uncle bob katanya.

Duduk tak lama, sebab sampai lambat, pukul 7 dah bersiap tutup kedai, sebab malam memang tak meniaga lampu tak ada. Huhuuuuu

Start akhir bulan baru bermula meniaga malam..

Meh layan buah2an tempatan rojak mak den haaaaa..

Sunday, September 18, 2016

Kisah Ayam Goreng Kunyit MakBuyung

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, erkkk sendawa kekenyangan si makbuyung! Hahaha..

Al-kisah malam ni, selepas seminggu anak-anak cuti sekolah dan esok akan bermula semula hari persekolahan mereka.

Rutin seperti biasa, si emak sibuk menggosok baju anak-anak yang akan ke sekolah esok. 4 orang punya baju sekolah, bersauna hokey omak kat dalam bilik, walaupun kipas angin ko pasang tahap dewa pun, peluh makbuyung tetap mencurah2.

Seperti biasa juga, habis je keje2 menggosok, si emak menyuruh anak2nya tidur dan seperti biasa jugaaaaa mereka akan tanya, maaa lauk ada lagi? Hokey ini sebenarnya memang soalan rutin bagi diorg juga bila suruh tidur. Huuuuuuu. Si emak mmg dah biasa dengan soalan2 itu!
Hero2 omak ni, padahal dah makan masa maghrib tadi, tapi nama pun anak lelaki kan, kikikiki dan tengah membesarrr tangki perut anak2 omak ni like father nyaaaa.. mmg besauuu. Ketahuilahhh, hero2 omak ni kalau dah bertanya macam tu, dan mereka tak dapat makan, mmg tak boleh tidur..

Si ayah pula OT malam, lauk hari ini mmg dah habis. si omak gigih laaaa buka peti ais nak tengok apa yang tinggal. Alaaaaa telur habis, garu2 kepala yang tak terasa gatal pun, sbb selalunya telur goreng dan kicap pun hero2 omak bedall dan memang lauk kegemaran mereka selain lauk2 biasa. Omak memang seluttt tau anak2 omak, bab makan memang diorg tak memilih, kalau diberi ikan masin dan nasi putih + kicap pun diorg makan. Mmg kami dah ajar mereka macam tu.. Sebab kami bukanlah orang ado2. Alhamdulillah anak2 omak semua mengerti.. Selalu omak dan ayah berpesan, ingattt lah wahai anak2 ada lagi orang yang susah lagi daripada kita, tak dapat pun makan nasi, jadi sentiasa bersyukurlah dengan apa yang ada :'). Syukur sangat2 diorg sangat memahami.. sob sob

Hokey nak dijadikan cerita, sbb telur dah tak ada, omak gigih laaaa masak ayam dan kacang panjang yang tinggal kat dalam peti ais ni haaa.. Tercetussslaa ayam goreng kunyit makbuyung untuk si hero2nya!. Omak masak lagi nasi 3 pot ( 1 pot beras makbuyung ni besar 1 tin susu F&N) cer bayangkan.. banyakkan.. hehehee

Bila dah masak panas2, makan pun secara berjemaah.. haaaaaa sekelip mata nasi dan ayam mak laku keraaassss.. Kelebihan keluarga kami bila makan memang tak pernah membazir, alhamdulillah.. syukur. Maklumlahhh keluarga besoorrr heroo je ada 5 orang, termasuk makbuyungg haaa mmg licin leerr.. baru lah hero2 boleh tidur dgn lena. Huuuuuuu

Syukur dgn rezeki hari ini.

Monday, August 22, 2016

Hari Penyampaian Sijil Hoki MSSWPKL

Assalamualaikum..

Dari malam semalam cikgu Amirin dah text, suruh datang awal ke sekolah sebab ada penyampaian sijil katanya.

Hokey, after dapat je sijil kat perhimpunan terus cikgu send pic.. Omak pun hupdate blognya sebagai kenang2an :)..

Bangga dengan Amirin, walaupun tewas dia kuat.. Tak apa lah abang adat pertandingan. Yang penting pengalaman di usia 11 tahun mewakili KL ni yang paling mahal syg :).

Panjang lagi perjalanan kerjayamu. Ma & Pa sentiasa doakan kalian. Impian Ma & Pa nak tengok abang berjaya dengan apa yg diceburi, dan target kami utk masukan abang ke sekolah berasrama penuh sukan. InshaAllah, semoga dipermudahkan :)

Thursday, August 18, 2016

Amirin Sudah Pulang dari Perak ~ HOKI MSSM

Assalamualaikum..

Sebenarnya sebelum ni, aku ada post tentang Amirin telah terpilih untuk mewakili KL ke perlawanan hoki di Perak. Tapi post tu sampai sekarang masih pending, dah tekan untuk publish, tapi tak lepas2 nak publish.. Maklumlah hupdate blog guna handphone je kooo. Hahaha dengan line tenet pun mcm siputtt.. haaa hamik ko, sampai anak aku dah balik pun, x dipublishnya! Krik krik

Hokey, hari yang ditunggu2 telah tiba, selama seminggu kooo anak aku tiada di sisi, pergi ke Perak untuk perlawanan hoki ni. Tapi nasib tak memihak kepada pasukan KL under 12 tahun Lelaki pada tahun ini. KL tewasss.. Tapi tak pa lah, untuk pengalaman Amirin.. InshaAllah tahun depan, cuba lagi yea sayang. Mengharap tahun depan adiknya (Khairul Shahreen) juga turut serta dalam pasukan KL ni..

Hellooo sindrom mak2 of coz ak lalui stat dari Amirin pergi hingga lah saat dia pulang dan berada di depan mata. Hari 1st dia pergi je lambai naik bas, aku dah leleeeeh hokey! Belum lg waktu malam.. Fuh dasyat jugaaa panahan merindui anak rupanya :'(. Memang tak sama perasaan kita bila dia tak der bila pakcik2 dan makcik2 dia ambil 2-3 hari. Sebab kita kenal dan kita percaya kan. Ini dia pergi dengan orang2 yang memang sama sekali aku tak kenali.. Haaaa koo rasa, bengkak juga mata emakkk ni nak.. Tapi alhamdulillah, hari seterusnya ak mula tabah.. dan bila cikgu kirim lak gambar Amirin.. Haaaaa stattt dah aku lalak..  huuuuu haruuu.. belum masuk asrama lg kan nak.. hehehe mak oh mak..

Masa ambil tadi dari Pusat Sukan Cochraine Titiwangsa, macam2 aku tanya, berdas2.. Tapi sebenarnya mata aku dah berkacaaaa sebab dia cakap hari pertama tidur dia rasaaa sunyi :'(.. Mayb tak biasa lagi kan, tapi yang membuatkan air mata aku mula tumpah berjurai2 dia cakap, ramai parents datang. Dia tunggu mama n papa tapi xdaaaaaa. Ayoyoyo nakkk, ayat tuuu paling omak ko tersentuhh. Maafffkan mama syg, siapa yang xnak tengok anak beraksiii.. tapi disebabkan kekangan wang dan papa kene keje syggg mama xle pergi. Tu yg buatkan ma terkilan sebenarnyaaa. Ikutkannnn Amirin g jew Ma terus nak g ikut Amirin :'(. Sob sob sobbbbb.. InshaAllah ma janji, tahun depan kalau Amirin pergi lagi, Mamaaaaaaaa akan pergi jugaaaa.. Ma xnak ulangi dah kesedihan hati ma tak tengok anak ma.

Ini pic yg cikgunya send sebelum mereka pulang ke KL. Amirin, huhuhu mmg dah hitam berkilaaatttt melekat! Pengalaman manis buat dia :). Diusia 11 tahun dapat mewakili KL.. terbaik my son.

Sunday, August 14, 2016

Cara Buat Reben

Assalamualaikum..

Hokey, sejak dua menjak ni, aku tersangatlah rajin untuk mencari cara2 nak buat berbagai barang2 keperluan bayi yang akan aku lahirkan nanti. Lagi2 bila dah tau jantina anak yang akan aku kandungi ini :). Macam2 yang bermain dalam fikiran aku skang ni.. nak buat baby nest, hedband, kasut dan baju dia :).

So kat sini, aku just nak kongsi cara2 nak buat reben yang aku save di dalam hponku.. Ada orang shared di FB, so aku tepekkan disini supaya aku boleh rujuk kembali :).

Mari2 nengok, mudah je sebenarnya nak buat reben (eceh cakap senang je kan, bila buattt, adudududu)

Wednesday, August 10, 2016

25 weeks 6 days ~ Scan Baby

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sekarang dah 26 weeks usia kandungan aku. Sekejap je masa berlalu, tup tup dah besar anak mama dalam perut ni.

Hokey nak dijadikan cerita, sebenarnya pada usia kandungan berusia 20 weeks aku ada pergi scan di Sonoworld Centre Ampang dan aku memilih pakej 1 sebab nak tau jantina baby :). Alhamdulillah, masa scan baby membesar dengan sihat mengikut usia kandungan aku, air ketuban, uri semua ok. Keputusan jantina masa scan 20weeks ni 70% girl :), berbunga2 kooo dalam hati mana tak nya.. Bila dengar sonographer cakap jantina baby awak ni nampak girl sebab 3 line :). Tapi yang membimbangkan aku bila sonographer tu cakap dia boleh bagi kepastian gegirl 70%. Hokey time ni dan hari-hari mendatang aku hanya berdoa dan tidak putus berdoa, semoga kandungan yang aku kandung ini memang benar2 gegirl. 

Sewaktu usia kandungan 25 weeks, rezeki anak yang ku kandung, aku dapat free scan dari pihak Sonoworld Centre Ampang. Ok, masa pergi free scan ni, usia kandungan aku 25weeks 6days. Hokey, masa scan ni, baby memang tak nak tunjuk muka, tunjuk sisi muka jek, pemaluuu koooo.. dari tepi nampak mcm Abang Mikael dia :). Alhamdulillah setelah discan baby dalam keadaan sihat seperti scan sebelum ni. Dan yang paling mengembirakan, memang comfirm it's a girl. Syukur sangat2. Setelah 12 tahun penantian doa kami dimakbulkan. 

Aku memang recommend la kat korang, kalau nak scan pergilah kat Sonoworld ni. Memang terbaik. Aku bagi 5 bintang :). Aku nak repeat scan kat sini lagi diusia kandungan 31weeks ni, inshaAllah.. harapnya my baby dah gebu gebas :).

Semoga anak mama membesar dengan sihat sehingga dilahirkan yea sayang..

Ni pic free scan diusia kandungan 25weeks 6days aku :)

Wednesday, July 20, 2016

Syawal 2016

Assalamualaikum :)
haaa lambat bebenor nak hupdate pasal raya kan, dah nama pun raya, memang sebulan ni tak duduk diam kat rumah. Merata perginya, dari hari raya pertama hingga raya terakhir. 

Raya tahun ni, seperti biasa ke rumah MIL dahulu di Wangsa Maju dan ke Hulu Langat pula bertemu Abahku sebelum pulang ke kampung halamanku.

Tahun ni, giliran kampung ku, Di Layang-Layang, Johor. Tidur semalam disana. Kami berangkat ke Kpg. Istana, Batu Pahat, rumah MIL yang dijadikan Homestay. Sudah 2 tahun kami akan menetap disana sepanjang beraya di Johor.

Kami pulang ke KL pada hari raya ke-4. Alhamdulillah, aku teramat-amat bersyukur kerana diberikan peluang lagi untuk meraikan Syawal ini bersama keluarga tercinta :)

Tema tahun ni: Hijau

Sunday, June 19, 2016

Mimpi dapat baby boy lagi!

Assalamualaikum..
Nak bercerita tentang mimpi,
sebelum ni Papa bermimpi aku telah melahirkan anak lelaki! 
Semalam giliran aku pula mimpi aku sedang check up dan sewaktu doktor scan untuk melihat baby, aku bertanya apakah jantina anakku?
He said: BOY..
Akuuu sedih :'(..
Ya Allah, apabila terjaga dari lena, aku berfikir, mungkin aku terlalu memikirkan akan jantina anakku. Sampai ke tahap aku bermimmmpi begini. Semakin aku takutt nak scan untuk mengetahui jantina anakku.. mak nervousss nak. Nervous!

Friday, June 17, 2016

18 Weeks Sudah

Assalamualaikum ..

Tergerak hati pula nak gerakkan jari jemari ini tuk menghupdate blog yang seakan tiada lagi penghuni. Huhuhu

Now, kandungan dah berusia 18 minggu, tarikh akhir check up dengan KK pada 6.6.2016 (hari pertama ramadhan). Agak mendukacitakan juga masa g check up tu. Berat badan turun 2kg. Bayangkan daripada 58kg turun ke 56kg. Uhaaaii terkejut juga. Tapi memang aku tak lalu sangat nak makan. Kalau makan pun dengan kadar yang sedikit. Makan pun memilih. Huhuhu asyik kena bebel je dengan Papa. Hurm

30.6.16 ni ada temujanji dengan doktor KK untuk scan. Hurmm bila dengar ayat scan tu, seram sejuk hokey! Sebenarnya mmg perasaan untuk mengetahui jabtina baby dalam kandungan ni tinggi n membuak2. Tapiiiiii perasaaannn takut lebih menyelubungi aku.. hukhuk. Selalu cakap kat diri sendiri, redha, redha dan redha lah wahai hati seandainya dapat hero lagiiii. Hakhak.. Tunggu keputusan scan nanti caner eaaaa. Fuh lap peluhhh yg tak menitik sat! Ngheeee

Ni gambar scan dengan doktor di KK. Masa ni baru 11 weeks

Monday, April 11, 2016

Tempahan Menjahit Tergendala

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selepas aku berhenti kerja dan menjadi suri rumah. Aku diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata yang ke-6. Aku sedang mengandung dan usia kandungan aku sekarang sudah menjangkau 2 bulan.

Memang aku dan En. Karl telah berbincang sebelum ni, yang kitaorang nak anak lagi, inshaAllah yang terakhir. Doa kami dimakbulkan olehNya. Alhamdulillah.

Seperti yang semua sedia maklum, kesemua anak2 aku adalah hero, wira negara. Tiada puteri menemani keluarga ini, selain aku , hikhik. So kami selalu berdoa dan kami tak nak begitu berharap yang baby dalam kandungan aku ni adalah perempuan. Aku takut, takut.. kerana jika terlalu berharap, aku akan kecewa nanti. Kami memang dah redha, sekiranya anak yang aku kandungi ini memang perempuan, Alhamdulillah lah, jika lelaki pun kami terima dengan redha, Asalkan ia sihat dan sempurna. Kerana kami tahu, pasti ada hikmah disebalik kejadiannya :).

Tentang jahit-menjahit, fuhh ini yang amat aku geruni, sebab kali ni kondisi aku mengandung agak teruk, aku mabuk, bila tengok mesin jahit pun kecik besoorrr jek. Tempahan jahit banyak pula yang nak kena setel dan dah lama pending. Risau dibuatnya. Aku berharap, mabuk ku ini cepat2 pergi.. Dah nak raya ni.. Rasa bersalah pulak kat customer2. Hurm

Tuesday, February 2, 2016

Saya tekad!

Assalamualaikum w.b.t.

Saya bukanlah seorang penulis yang hebat berbicara. Namun, disaat sedang merasa ingin meluahkan isi hati, disinilah nukilan hati akan tercoret.

Sedang menghitung hari-hari terakhir saya berkhidmat di sana. 2 minggu dari sekarang, khidmat saya sebagai seorang pekerja di sebuah syarikat akan bertukar menjadi seorang suri rumah tangga dan mengambil upah menjahit sepenuh masa. 

6 tahun saya berkhidmat disana Bukanlah waktu yang singkat. Terlalu banyak kisah suka dan duka, pahit dan manis sepanjang tempoh tersebut. Payah ingin saya luahkan satu-persatu, kerana saya sayang, sayang dengan kerjaya saya dan dikelilinggi dengan sahabat-sahabat yang benar-benar saya sayangi.

Hampir 3 bulan saya dan En. Karl mengambil masa untuk berfikir akan keputusan yang akan dilakukan.Ya! Kami telah sepakat dan membuat keputusan bahwa sudah tiba masanya untuk saya menumpukan sepenuh masa untuk keluarga. Hanya kami yang mengetahui akan masalah yang kami tanggung sepanjang saya bekerja, dari segi penjagaan anak-anak dan lain-lain. Tidak perlu saya huraikan satu persatu-satu. Cukuplah hanya saya dan En. Karl sahaja yang mengetahuinya. Saya tekad! Surat perletakan jawatan dihantar pada 26 Januari 2016.

Riaksi!
Oh, perkara ini juga membuatkan saya begitu takut, down dan macam-macam lagi. Setiap orang mempunyai pemikiran yang positif dan negetif. Banyak pendapat dan pandangan yang diberikan. Ada yang menyokong dan ada yang bertanya malah pertikaikan sama ada dengan hanya pendapatan En. Karl seorang yang bekerja dapatkah menampung kos pembelanjaan kami dan bolehkah saya membantu dia dengan mengambil upah menjahit walhal saya baru bertatih didalam dunia jahitan ini. Ahaks! Bagaikan batu menghimpap kepala ketika itu!. Saya hanya mampu tersenyum, namun didalam hati :'(.

Saya tidak salahkan mereka untuk membuat andaian begitu, kerana dengan kos sara hidup yang begitu tinggi  dan mempunyai tanggungan anak-anak seramai 5 orang yang sedang membesar saya boleh membuat keputusan sebegini. :)

InshaAllah rezeki di bumi Allah ini luas. Ada sahaja rezeki untuk anak-anak kami. Semakin hari, persoalan yang sentiasa bermain difikiran sedikit demi sedikit menguatkan lagi diri saya dan semakin dekat ingin pergi dari dunia bekerjaya ini sebenarnya saya lebih berasa yakin.

Saya juga menanam azam, untuk mencapai cita-cita yang saya genggam! Saya akan buktikan! InshaAllah. Demi keluargaku Babariena ♡♡.

Friday, August 14, 2015

1 Tahun Usia Blog Ditinggalkan

Assalamualaikum,

1 tahun aku tinggalkan blog ini. Lama juga, kalau usia budak setahun tu dah pandai berjalan, berlari, bercakap dan macam-macam lagi. Hurm, sian blog aku ni kiikikiki..

MashaAllah, lama tidak berkongsi kisah hidup ini dan tiba-tiba hari ini tergerak ingin melihat blog yang usang ini dan secara spontan jari-jemari mula menari. Baca semula cerita-cerita sebelum ini, tergelak seorang diri bila membaca kembali. Tahap merapu aku ni boleh tahan juga.. huhuhu

Aktiviti yang dilakukan babariena sekarang? Sebenarnya sekarang aku bekerja seperti biasa, masih di tempat kerja lama, Cumanya aku sekarang ni giat menceburkan diri dalam dunia jahitan dan mengambil tempahan secara kecil-kecilan. Aku masih merangkak dalam dunia jahitan ini. InshaAllah akan masuk kelas kembali untuk mengasah bakat menjahit ini. InshaAllah manalah tahu suatu hari nanti aku menjadi Tailor sepenuh masa yang profesional katanya :p. Ya, itu memang cita-cita aku di hari tua ini. Hehehe

Bab-bab berangan memang bagi jelah kat kau Babariena.. Ye la kan, kalau tak berangan, macam mana nak capai sesuatu yang kita kehendaki kan.. Kiranya itu macam semangat untuk aku capai la, walaupun sebenarnya ada juga yang banyak tak tercapai.. kuikuikui.

Babariena, Babariena.. hurmmmm

Monday, October 6, 2014

Hobi Baru

Assalammualaikum w.b.t,

Finally, dapat juga update blog yang dah lama sangat aku tinggalkan. Dah macam biskut pula, sekejap ada, sekejap tak ada. Al-maklumlah tahap kebizian yang melampau-lampau sekarang ni. Menguruskan anak-anak (eceh-eceh berbunga2 sangat aku ni dah kenapa).

Rindu.... Gila tak rindu dengan blog aku ni, tempat aku meluahkan apa yang terpendam, ruangan perkongsian hidup aku yang tak berapa nak havoc ni :).. huhuhu tetiba je tersenyum dah macam tak betul pun ada aku ketika ini.

Sunyi.. yeee memang sunyi ketika aku sedang update blog ku sekarang ni, mana tak nya, semua sedang cuti beraya haji lagi, tinggal aku je keseorangan di barisan hadapan ni, itulah boleh mengupdate blog (ambil kesempatankan?) huuuuuuu..

Berbalik kepada topik yang aku nak ceritakan sebenarnya.. Hobi baru :), yea sekarang aku tengah gila dengan hobi aku ni.. Siap masuk kelas, main kutu lagi, memang hebat sangat dah hobi baru aku ni..

Tadaaaaaa...
haaa ini mesin jahit ku buat sementara waktu yea.. tapi dah jadi kesayangan aku hokey! dah 3 pasang baju dia berkhidmat.. :), Mesin jahit ni pun sebab excident terbeli huhuhuhu.. panjang pula ceritanya kalau aku bercerita pasal mesin ni.. Tapi Alhamdullilah, banyak dah berjasa kat aku, sementara aku dapat betul2 mesin jahitku nanti :).. Sayang awak En Omi..

Tiba-tiba aku betul2 minat pula dalam bidang jahitan, so dengan keminatan yang teramat mendalam ni, aku masuk kelas cikgu Yasalma, memang berbaloi2 aku masuk kelas cikgu :)..

Haaa nampak, copy paste yang paling malas aku buat.. ngheeeeeee, just nak share pic jubah yang dah berjaya aku buat pakai mesin jahit Omi tu.. :)

Sebenarnya baju kurung pun aku dah belajar buat, Alhamdulillah aku bersyukur sangat sebab member opis aku ni bagi belajar free je.. Bukan senang nak dapat belajar free kan.. Tapi cuma tak ambil gambar lagi je sebab belum buat finishing di bawah baju.. heeeeee

Now tengah nak belajar baju kurung moden pula.. Chayok2 babariena.. :)

Monday, June 16, 2014

BATU PAHAT - KLUANG - KL

Assalammualaikum w.b.t

Hari minggu.. oh hari minggu.. bukan hari muda mudi dah bagi aku hokey! Anak dah berderet, tak payah nak ngengada bermuda mudi lagi :).. Sudah lama aku tinggalkan dunia muda mudi.. Sejak dikurniakan cahaya mata pertama hinggalah dah berderet kini.. :)

      Tapi minggu ni special sikit.. Kami ke Batu Pahat - Kluang - KL, bawa Tok Mai ngan Tok Abah. Memula ke Kampung Istana, Batu Pahat, kampung halaman En. Husband.. Tok Mai ajak datang sini sebab ada kenduri kahwin anak kepada penyewa rumah Tok Mai kat sini.. Pertama kali jejak Kampung Istana, Batu Pahat ni.. woww agak teruja.. Nasib baik 2 hero ditinggalkan di rumah Abang Chik.. So kami bawa 3 hero je.. Tapiiii hahahahaaa mcm bawa 5 hero juga rasanya.. huhuhu.. Tapi sebab kami memang dah biasa dengan situasi ni.. Kami ok je, biasalah budak2 kan.. lantak pi la apa orang nak cakap.. Kami dah handle sebaik yang mungkin dah.. huhu
        Tidak lama kami disini, dengan cuaca yang agak panas, kami berangkat pula ke Kluang.. Melawat Mok Teh (kakak) Tok Mai.. :) Alhamdulillah.. Mok Teh nampak sihat.. cuma agak susah ingin berjalan.. Kami doakan agar Mok Teh sentiasa sihat dan dilindungi OlehNya.. Kat Kluang pun kami singgah sekejap je.. Terus pulang ke KL.. Alhamdulillah tidak jem seperti yang dijangka.. lengang jalan.. Mayb orang ramai dah balik KL dari kampung halaman awal.. :)
        Sampai je kat rumah... barulah terasa penat bagai... fuhhhh tapi perjalanan hari ini.. Memangg best!

Tuesday, May 28, 2013

BERJAYA

Sebab hati banyak gumbira, so update status pun tersenyum-senyum sesorang macam owg x betul pun ada.. hahah

Akhirnya, Alhamdulillah aku berjaya..

BERJAYA dalam ujian test kereta JPJ.. hahah, kelaskan aku, post mcm aku nak amik peperiksaan yg mencabar..

Berbaloi la sesangat aku menunggu giliran dari pagi sehingga ke petang baru habis.. Walaupun badan penat, tapi hati manyak gumbira sebab lulus yang mengagahkan aku tersenyum dan tersenyum sampai ke tido.. hahah dashat dah aku ni..

Misi untuk mengambil lesen kereta dah ku capai.. Tapi xda kete nak di bawa pun, x guna juga kan.. hahahah

Tak per la, Semoga rezeki untuk mendapatkan sebuah kereta untuk keluargaku dipermudahkan.. Bersabarlah.. Bersabarlah.. :)

Wednesday, May 22, 2013

GEMENTAR

Lamanya tidak mengupdate blog ini.. tetapi pada ketika ini, 
perasaan ini membuak2 ingin meluahkan isi hati...

Ohhhh inlah perasaan yang tidak aku gemari..
 Ia membuatkan hati aku menjerit2..
 dup dap dup dap
laju okey degupannya..

GEMENTAR.. 
hurmmm inilah perasaan yang aku alami ketika ini.. 
aku GEMENTAR menunggu dan menanti hari esok (23 Mei 2013)

Tetapi dengan berkat doa daripada suami tercinta 
aku yakin.. Aku BOLEH lakukan.. 
bila lihat wajah anak2.. aku harus bersemangat dan hapuskan rasa GEMENTAR ini 
untuk kebaikan aku dan keluargaku..

REMEMBER!!

SITI SABARINA KAMARUDDIN AWAK BOLEH! AWAK PASTI BERJAYA!

#Semoga semuanya dipermudahkan hendaknya..

Monday, March 18, 2013

Sang Pelangi Indah

Wahai sang pelangi
Indah sungguh ciptaan yang di beri
Berseri-seri berwarna-warni
Terpesona pabila menghayati..

Berwarna warni dengan ukiran indah yang diberi
Termenung sendirian.... 
oh indahnya wahai sang pelangi..

Di setiap warna terlihat coretannya
Coretannya mengenai kisah kita
Kisah suka duka lumrah hidup di dunia
Kuharapkan kisah hidup kita indah sepertinya ♡♥♡♥

Wahai sang pelangi indah...

Santai wif ♡♡♡♡♡♡

Salam,
Cerita santai menyantai wif ♡♡♡♡♡♡.. 
setiap luv adalah cinta hatiku.. 
Selepas balik dari Bandung, Indonesia.. 
Memang dah rancang nak bawa anak2 g jenjalan.. 
Pening juga nak memikirkan arah tujuan nak bawa anak2 jenjalan..
Anak2 memang suka sangat mandi manda, so plan ngan Papa bawa anak p mandi.. 
Tempat yang dituju juga memang berhampiran dengan rumah, murah, selesa dan disukai ramai katanya! Hahaha..
 Mana lagi kalau bukan di KK Club Swimming Pool.. 
Sejak pertama kali jejak kaki di sini, terus berkali2 rasa nak pergi... BESTTTT!
Thx to my Fren Nana kerana beliau lah saya jatuh hati pada KK Club.. :)
Anak-anak gembira, Mama & Papa Bahagia.. kelassss kan ayat.. :p

My Luv
Melihat aksi anak2
Tempat feverat mereka.. Si Abg n Areen
Habis mandi pose pulok kat lua
Gelagat mereka
Raiqarl buat peace.. hahaha
Cinta, sayang, kasih pada mereka..

Wednesday, March 6, 2013

Team Building ITBM - 1 Mac hingga 3 Mac 2013

Salam,

Tiga hari sudah berlalu, Team Building ITBM pada 1 - 3 Mac 2013 di Felda Recidence Tekam, Pahang masih di dalam ingatan. Pengalaman motivasi yang tidak akan dilupakan, kerana kali ini ITBM telah memilih TRD EDu untuk memotivasikan diri kami.

Selama tiga hari memotivasikan diri, banyak tugasan yang diberi dalam kerja berpasukan, dari situ kami banyak belajar, tercabar dan dicabar dengan berbagai-bagai aktiviti.. Alhamdulillah semua aktiviti dilaksanakan dengan cemerlang, gemilang katanya! hahah.. Besttt memang Besttt! Next year nak lagi.. (gila)

Tempat tinggal saya semasa di sana.. Beso dan Best! 

Ni dalam perjalanan ke Tekam merkam residence! muka appy sgt

Hari pertama

Aktiviti malam kami kena memperkenalkan nama kumpulan kami, kena cari nama barangan elektrik, buat bendera dan lambang kumpulan kami. Yang penting dorg suruh masukkan kot bagi setiap orang. Kod aku 1 1 5.. huhuhu bila tengok 5 korg da tau kan.. itu mesti bilangan ank! =)
Kumpulan SONY

Kumpulan SINGER
Kumpulan TOSHIBA
Kumpulan SAMSUNG
Inilah Kumpulan saya SHARP
Kumpulan ELBA
Kumpulan LG
Kumpulan APPLE
Aktiviti malam
Kumpulan Bosch

Aktiviti hari kedua

Pepagi da bangun, bersiap untuk masuk gua.. tetapi sebelum masuk gua kena buat senaman katanya! supaya lemak boleh mengecut sebelum masuk gua! hahaha... yang pasti da masuk gua pun lemak memang tak surut hokey.. huuuuuu

Kalau korg nak tau, kami masuk 6 gua dan ada nama setiap gua. Tetapi disebabkan urat aku dah banyak putus masak melahirkan anak.. Aku lupa nama-nama gua yang aku masuk tu.. haaaa boleh camtu! hahahah sebenarnya aku ingat nama-namanya tapi bentuk gua ni semua cam sama so aku tak dapat nak bezakan gua-gua ini.. huhuhu yang aku ingat Gua Tongkat, Gua Potrait, Gua Sanding, Gua apa lagi.... ini serius lupa..  maaffff (*-^)

Geng Wanita
Satu pasukan ITBM

Senyyyuuuummm.. di Gua Tongkat
Kami

Malam Seribu Kenangan, lepas Gian 

Hari Ketiga/Terakhir

Org kuat menjayakan motivasi ini En Mus & En Jai Senaman di pagi hari
Ikat mengikat.. yang pasti kumpulan kami dpt no. 9 :(.. huhuhu
Angkat air atas baldi.. Semangat kerjasama masa ni memang paling SUPERB!  berpeluh2! tapi  tetapi sgt berpuas hati dgn pencapaian kami dari bawah kami naik ke tangga no. 2.. Tahniah SHARP

Kami dapat tempat 3 kebawah.. tidak diumumkan, mereka hanya diumumkan tempat pertama sahaja, kami juga dapat hamper untuk amanah.. kerana memakai kain ikat kepala kumpulan sentiasa... =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...