Pages

Wednesday, March 6, 2013

Team Building ITBM - 1 Mac hingga 3 Mac 2013

Salam,

Tiga hari sudah berlalu, Team Building ITBM pada 1 - 3 Mac 2013 di Felda Recidence Tekam, Pahang masih di dalam ingatan. Pengalaman motivasi yang tidak akan dilupakan, kerana kali ini ITBM telah memilih TRD EDu untuk memotivasikan diri kami.

Selama tiga hari memotivasikan diri, banyak tugasan yang diberi dalam kerja berpasukan, dari situ kami banyak belajar, tercabar dan dicabar dengan berbagai-bagai aktiviti.. Alhamdulillah semua aktiviti dilaksanakan dengan cemerlang, gemilang katanya! hahah.. Besttt memang Besttt! Next year nak lagi.. (gila)

Tempat tinggal saya semasa di sana.. Beso dan Best! 

Ni dalam perjalanan ke Tekam merkam residence! muka appy sgt

Hari pertama

Aktiviti malam kami kena memperkenalkan nama kumpulan kami, kena cari nama barangan elektrik, buat bendera dan lambang kumpulan kami. Yang penting dorg suruh masukkan kot bagi setiap orang. Kod aku 1 1 5.. huhuhu bila tengok 5 korg da tau kan.. itu mesti bilangan ank! =)
Kumpulan SONY

Kumpulan SINGER
Kumpulan TOSHIBA
Kumpulan SAMSUNG
Inilah Kumpulan saya SHARP
Kumpulan ELBA
Kumpulan LG
Kumpulan APPLE
Aktiviti malam
Kumpulan Bosch

Aktiviti hari kedua

Pepagi da bangun, bersiap untuk masuk gua.. tetapi sebelum masuk gua kena buat senaman katanya! supaya lemak boleh mengecut sebelum masuk gua! hahaha... yang pasti da masuk gua pun lemak memang tak surut hokey.. huuuuuu

Kalau korg nak tau, kami masuk 6 gua dan ada nama setiap gua. Tetapi disebabkan urat aku dah banyak putus masak melahirkan anak.. Aku lupa nama-nama gua yang aku masuk tu.. haaaa boleh camtu! hahahah sebenarnya aku ingat nama-namanya tapi bentuk gua ni semua cam sama so aku tak dapat nak bezakan gua-gua ini.. huhuhu yang aku ingat Gua Tongkat, Gua Potrait, Gua Sanding, Gua apa lagi.... ini serius lupa..  maaffff (*-^)

Geng Wanita
Satu pasukan ITBM

Senyyyuuuummm.. di Gua Tongkat
Kami

Malam Seribu Kenangan, lepas Gian 

Hari Ketiga/Terakhir

Org kuat menjayakan motivasi ini En Mus & En Jai Senaman di pagi hari
Ikat mengikat.. yang pasti kumpulan kami dpt no. 9 :(.. huhuhu
Angkat air atas baldi.. Semangat kerjasama masa ni memang paling SUPERB!  berpeluh2! tapi  tetapi sgt berpuas hati dgn pencapaian kami dari bawah kami naik ke tangga no. 2.. Tahniah SHARP

Kami dapat tempat 3 kebawah.. tidak diumumkan, mereka hanya diumumkan tempat pertama sahaja, kami juga dapat hamper untuk amanah.. kerana memakai kain ikat kepala kumpulan sentiasa... =)

Wednesday, February 13, 2013

Roda Sentiasa Berputar!

Roda sentiasa berputar.. Itulah topik aku kali ni.. Sebab apa aku buka topik ni memalam buta ni (tengah mimpikah aku) mungkin sebab dah lama sangat aku simpan dan membuatkan aku derita! Hahah derita sangat la kan.. Langsung tak sesuai, bukan derita tapi terasa bagaikan ia terkepung dan lemas di dalam kepala otak ni.. So aku kena luahkan dan luahkan.. Tapi di mana? di sinilah tempatnya.. Tempat yg selalu ak mencurahkan isi hati ini! =) senyum gedix...
Ya pada sifat luaranku memang aku seorang yang ceria, peramah, kepoh dan sebagainya.. Sesiapa yang mengenali aku, pasti akan tau akan sifatku ini. Tetapi aku pun seperti manusia biasa.. Mempunyai perasaan, merasa kepahitan kemanisan hidup.. Motif bagitau semua ni kenapa? ("--")

Allah itu maha adil kepada umat2nya.. So tak payah lah nak bermegah2 dengan apa yang kita ada. Roda tu sentiasa berputar, kita tak akan selalunya berada di atas! Suatu hari kita akan berada di bawah juga.. Aku bersyukur kepadamu ya Allah, walaupun aku tidak mempunyai apa2, tetapi Engkau telah kurniakan aku seorang suami yang bertanggungjawab dan anugerahkan aku harta yang tidak ternilai harganya ia adalah Anak-anakku.. Kekayaanku pada anak2ku.. Memiliki 5 orang cahaya mata.. Yang selama ini tidak pernah aku jangkakan dalam hidup ini, Alhamdulillah..

Ya aku tidak mempunyai emas permata, kereta mewah dan tidak memiliki rumah sendiri.. Tetapi perlukah menyindir aku dgn nada guraun yang amat menyakitkan! Yaaa aku hanya mampu tersenyum dan tersenyum.. Mungkin belum rezekiku lagi untuk memiliki itu semua.. Berdoa dan terus berdoa.. Abaikan sahaja akan sindiran itu!

Dan dengan kuasa Allah, serta merta harta kau ditarik satu persatu dan amat jelas dimataku kelihatan kau derita! Adakah aku menyindir kau seperti kau menyindir aku dahulu! Tidak kan! Sebab aku bukan insan seperti itu.. Aku tahu menghormati orang walaupun percakapan aku ni lancang dan kepoh!
So beringat2lah.. Roda itu sentiasa

Thursday, October 18, 2012

Rambut Miqael

Minggu lepas En. Papa da beli mesin potong rambut
itu pun beli secara kebetulan
Tengah dia makan-makan kat kedai NZ Sri Rampai
ada lak org jual mesin tu dgn harga yg agak murah & boleh beli 10 haha..
tapi En. Papa beli 1 jer

So untuk memulakan uji kajinya
dia nak cuba rambut miqael dulu
fuh berdebar jugak aku
mana la tau mesin tu buat hal ke
habis rambut si miqael

Dan akhirnya misi ini berjaya
walaupun si En. Papa merungut
OoOoo susah jugak ek potong rambut guna mesin 
tengok kat kedai mcm senang., hahaaa
dah cuba baru tau kan!! susah ke senang
nak jadi pengunting rambut ni.. hahah

Inilah hasil tangan Papa ia..
belah tepi je potong nya..
Nasib baik menjadi
Kalau x jadi jawapannya mmg botak la kepala miqael..

My encem boy!

Tuesday, October 16, 2012

Berita Gembira dari SIL & BIL

Alhamdulillahhh akhirnya penantian Abg iparku n Kakak iparku dimakbulkan olehNya.. Syukur ke hadrat Mu ya Allah.. tak dapat digambarkan kegembiraan yg terpancar di wajah mereka.. Aku n En. Suami turut merasa kegembiraan ini, setelah 3 tahun mereka berusaha, bersabar dan akhirnya... Alhamdulillahhhhhhh.. akhirnya anugerah yang paling berharga telah diberi..

Kita hanya mampu merancang hanya Allah yang menentukan segalanya... aku akan sentiasa mendoakan semoga kandungan kakak iparku ini sentiasa dipelihara olehNya.. Selamat sehingga keluar dari rahim ibunya.. Tidak sabar aku menunggu hari itu..

 Dari kami sekeluarga

Sunday, October 14, 2012

Hujan

Bila diingat trajedi semalam, tersenyum aku keseorangan.. Haishh Farez.. Farezz (sambil geleng2 pala) nak dijadikan cerita, semalam cuaca di luar rumah agak gelap (kira mendung la), tengah melayan si Miqael dan Raiqarl kat dalam bilik, ada air turun di belakang rumah, hurmm adakah hujan dah turun? bila nampak si Farez masuk bilik terus aku suruh dia tengok kat luar rumah hujan ke? dia pun terus g depan dgn manaiki basikal paling menawannya.. hahah.. punyalah laju kayuh masuk balik ke dalam bilik... Mama.. mama, mana ada ujan! agak pelik juga, bunyi air apakah di luar rumah ku ini? Terus aku tanya balik si Farez.. habistu air apa pula kat belakang ni Farez? yang x boleh tahannya.. dia terus jawab dengan muka x bersalah.. OoOooo itu air ujan la mama! adoiiii sakit perut aku ngan keletah si Farez ni (guling2 aku ketawa). bila di suh jenguk kat depan umh katanya idak ujan, bila di tanya air kat belakang umh.. dia leh kata tu air ujan.. hurmm layan kan ajalah si Farez yg loyar buruk ni... Penghibur di kala kesepian..:-)  

INI LAH DIA INSAN YANG BERGELAR KHAIRUL FAREZ ZAFUAN
~CINTA HATI SAYA HOK NO 3~

Friday, October 12, 2012

Semua Isi Hatimu..

Seharian buat kerja, sambil mendengar lagu Semua Isi Hatimu by 3 Suara..
padahal lagu ni da lama kot keluar, tah kenapa tetiba aku baru nak minat.. APTB la aku ni.. Adoii
Nak hafal la lagu ni.. nak try nyanyi solo.. hahah

---> Hello ko hingat ko DIVA boleh nyanyi sorg2! toink..toink.. (^_*)

Inilah lirik lagunya..

Kau katakan padaku
Betapa lelahnya dirimu menghadapi aku
Kau katakan padaku
Ingin kau mengakhiri semua ini
Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaan ku untukmu
Cubalah tuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah tuk merasakanku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaanku
Yang hanyalah teruntuk dirimu

Cubalah tuk merasa aku

Cubalah tu cubalah tuk mengerti aku
Cubalah tuk merasa aku
seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Semua isi hatimu

Wednesday, August 15, 2012

Raya datang lagi!!

Ya ampun rindu sungguh nak berblog! dan akhirnya dapat juga aku berblog kembali walaupun sekarang tahap kesibukkan agak melampau! wah melampau shangat la kan.. hahah

Tetiba je tergerak hati nak tengok blog n nak buat entri raya lak, tapi sebelum nak buka cerita raya ak nak cerita tentang tarikh hari ini yang bermakna buat aku. Harini besday suamiku yang ke 28 tahun, tapi tiada present yang istimewa pun untuk dia, hanya jam tangan sahaja yg mampu ak beri.. itu pun tidak lah semahal mana.. Yang penting dia hargai apa yg diberi..:D sayang kamu. Happy Bezday Papa..

Raya tahun ni, keluargaku bertambah seorang lagi ahli baru, yang kini usianya sudah 3 bulan.. Bertambah besar ahli keluargaku. Tetapi aku amat bersyukur kerana disaat aku dan suami memikirkan tentang perbelanjaan untuk hari perayaan ini, ada pula bonus dan bayaran tunggakan daripada syarikatku.. Terima kasih sesangat kepada syarikatku.. ini semua rezeki anak-anakku..

Haaa nak perkenalkan juga hero baru saya...:)

taraaaaaaaaaaaaaaaaaa

Dialah Khairul Ammar Miqael Bin Mohd Kamarul Azlan!!!!

Dari perwatakan nya.. dia pun manja seperti Raiqarl.. :D

Tahun pertama anakku ingin menyambut hari raya..:D

Cepat besar sayang... xsabar menunggu anak2 membesar... Indahnya melihat anak membesar di depan mata..

Dikesempatan ini juga saya ingin menyusun sepuluh jari meminta maaf kepada kalian.. Salah silap harap dimaaf kan...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitriiii..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...