Dugaan apakah ini?
apa yang harus ku lakukan?
oh aku tidak mampu mengharunginya...
mengapa..mengapa..mengapa ia berlaku terhadap diriku,
dugaan demi dugaan aku lalui..
rintangan demi rintangan aku lalui..
apakah kesudahannya??
mungkin ini adalah ujian di dalam hidupku..
aku harus tabah melaluinya,
mengapa harus aku berserah,
tabahkan lah diriku ya Allah...
dalam mengharungi ujian darimu ini..
hanya denganmu aku memohon..
Tetapi di saat aku melalui dugaanmu ini ya Allah,
aku bersyukur kerana engkau telah kurniakan teman untuk aku meluahkan isi hatiku,
berkongsi kesedihanku, kedukaanku, keperitanku,
sehingga aku begitu terharu kerana mereka memahamiku, memberi aku kekuatan untuk terus bertahan, dan
mengambil berat terhadap diriku..
Disaat ini perasaanku begitu rapuh,
terlalu sensitif,
aku bukan diriku yang dulu,
aku dapat rasakan kelainan terhadap diriku kini,
mengapa??
diriku sendiri berkata-kata,
siapakah aku kini??
mengapakah aku berubah menjadi begini..
mungkin aku memerlukan sokongan...
ya!!! aku telah mendapat sokongan itu,
semuanya dari teman-temanku..
teman-teman yang baru aku kenali,
oh sungguh terharu hatiku,
menerima teman yang berkongsi kesedihan, kegembiraan bersamaku..
terima kasih wahai teman-temanku..
kerana kalian aku tabah mengharungi ujian ini..
tidak akan aku mensia-siakan kalian..(^_^)
-SitiSabariena-
No comments:
Post a Comment