Hari ini baru stat keje setelah 4 hari diberi MC untuk berehat kerana aku mengalami kesakitan apabila berjalan dan ada pendarahan sedikit, doktor mengesahkan keseluruhan uri ku berada dibawah.. huh masa pemeriksaan tu mmg ak terkejut sgt, sbb ini lah kali pertama aku mengandung uri ku berada dibawah. Hurm x sangka pula sakitnya bila nak jalan..:(, mungkin inilah dugaan aku mengandungkan anakku yang kelima ini.
Aku rujuk kat Our Wonderful Simple Life Blog mengenai Placenta Previa @ Uri dibawah ini untuk dikongsi bersama..:)
Apakah placenta previa? amek dari artikel ini :- placenta praevia boleh ragut nyawa/. Pakar Ginekologi dan Obstetrik, Hospital Pantai Ampang, Dr. Sudha Kumari memberitahu, terdapat empat jenis placenta praevia iaitu lateral, marginal, partial dan central.
Tambah Sudha, keadaan tersebut berlaku selepas tempoh 24 minggu kehamilan dan ia disebabkan beberapa perkara iaitu parut ketika proses kelahiran atau pembedahan, kekerapan bersalin dan infeksi.
Keadaan ini akan menjadi punca plasenta akan terus melekat di situ dan tidak bergerak. Pada awal tempoh kehamilan, plasenta berada di mana-mana dalam rahim kerana pada masa itu saiz bayi terlalu kecil, namun apabila tempoh kehamilan bertambah ia (plasenta) berubah tempat ke bahagian atas rahim.
Kedudukan plasenta yang tidak berubah dipanggil placenta praevia. Sebenarnya, plasenta tidak bergerak tetapi uterus membesar dan mengembang, oleh itu ia secara automatik akan naik ke atas, ujarnya.
Siapa yang berisiko mendapat placenta praevia?Mereka yang berisiko tinggi mendapat placenta praevia adalah dalam kalangan wanita yang pernah mengalami placenta praevia pada kehamilan sebelumnya.
Selain itu katanya, kekerapan bersalin setiap tahun, kelahiran anak kembar, pernah menjalani pembedahan caesarean dan fibroid, malah ada yang berpendapat wanita yang mengambil kokain dan merokok juga mempunyai risiko yang sama.
Apabila umur meningkat risiko juga akan meningkat. Umur yang berisiko ialah wanita berusia bawah 20 tahun dan melebihi 35 tahun. Umur yang paling selamat ialah 20 hingga 30 tahun. Risiko wanita untuk mendapat placenta praevia adalah satu dalam 200 kehamilan.
Seseorang yang didiagnos mengalami placenta praevia apabila berlaku pendarahan pada minggu ke-24 kehamilan. Oleh itu, doktor perlu buat ujian ultra bunyi bagi memastikan kedudukan plasenta, jelasnya.
KOMEN akak :- semasa minggu 24 akak mengalami sedikit pendarahan masatu kat opis, akak bawak sendiri kereta pergi ke PPUM kebetulan pula masatu akak kerja di SS2 sahaja. Tapi doktor terkejut juga dia cakap kenapa tak suruh orang hantar ke hospital, akak cakap dekatjer, doktor geleng kepala... salahker isyh akakni memang tak terfikir langsung. Masani akak ditahan selama 2 hari dan diberikan cuti MC selama seminggu.
Wanita yang dikesan mengalami placenta praevia dinasihatkan untuk berehat, tidak membuat kerja-kerja berat, tidak bersenam, tidak mengadakan pemeriksaan vagina dan tidak melakukan hubungan seks sepanjang tempoh kehamilan kerana ia boleh menyebabkan pendarahan.
Sudha memberitahu, wanita yang mengalami placenta praevia central dalam minggu ke-34 kehamilan akan dimasukkan ke hospital bagi tujuan pemantauan.Jika berlaku pendarahan yang banyak, jantung bayi akan jatuh dan bayi perlu dikeluarkan segera jika tidak, bayi akan mati di dalam kandungan.
Ibu yang mengalami placenta praevia tidak boleh melahirkan bayi secara normal dan perlu menjalani pembedahan caesarean. Bukan itu sahaja, ia memerlukan doktor yang berpengalaman luas mengendalikan kes placenta praevia serta kakitangan hospital yang terlatih. Jika tidak keadaan itu mengundang risiko kematian, jelasnya..
Aku sgt berharap uri ku ini akan naik semula keatas, kerana kandungan masih kecil, dan sekiranya kandungan ku sudah genap 28weeks dan uriku masih dibawah, pengalaman aku akan jadi seperti diatas.. aku hanya mampu berdoa dan berdoa..:)
No comments:
Post a Comment