Assalamualaikum.
Alhamdulillah, selepas aku berhenti kerja dan menjadi suri rumah. Aku diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata yang ke-6. Aku sedang mengandung dan usia kandungan aku sekarang sudah menjangkau 2 bulan.
Memang aku dan En. Karl telah berbincang sebelum ni, yang kitaorang nak anak lagi, inshaAllah yang terakhir. Doa kami dimakbulkan olehNya. Alhamdulillah.
Seperti yang semua sedia maklum, kesemua anak2 aku adalah hero, wira negara. Tiada puteri menemani keluarga ini, selain aku , hikhik. So kami selalu berdoa dan kami tak nak begitu berharap yang baby dalam kandungan aku ni adalah perempuan. Aku takut, takut.. kerana jika terlalu berharap, aku akan kecewa nanti. Kami memang dah redha, sekiranya anak yang aku kandungi ini memang perempuan, Alhamdulillah lah, jika lelaki pun kami terima dengan redha, Asalkan ia sihat dan sempurna. Kerana kami tahu, pasti ada hikmah disebalik kejadiannya :).
Tentang jahit-menjahit, fuhh ini yang amat aku geruni, sebab kali ni kondisi aku mengandung agak teruk, aku mabuk, bila tengok mesin jahit pun kecik besoorrr jek. Tempahan jahit banyak pula yang nak kena setel dan dah lama pending. Risau dibuatnya. Aku berharap, mabuk ku ini cepat2 pergi.. Dah nak raya ni.. Rasa bersalah pulak kat customer2. Hurm
No comments:
Post a Comment