Pages

Tuesday, February 22, 2011

Semoga abah cepat sembuh..

Tidak dapat aku katakan, betapa sedihnya hati aku saat ini, abah tak pernah masuk hospital, patutla dari pagi dapat aku rasakan kelainan, semua yang aku lakukan tak betul. Tergerak hati aku nak talifon Kak Uda, ya memang betul, Abah di tahan wad kerana penyakit darah tinggi yang keterlaluan, naik sehingga 218. Terkejut aku buat sementara, terus mengalir air mata aku, tak dapat aku nak tahan lagi tapi aku tahu Kak Uda tak perasan aku sedang menangis. Abah ada bagi tahu aku matanya sebelah dah tak nampak. Banyak kali juga aku suruh dia cek di hospital, tapi jawapan abah selalunya sama "ala tak ada apa-apa la" dah tua agaknya. Abah memang susah nak pergi hospital atau klinik bila sakit. Dia sanggup beli ubat kat farmasi jika demam atau sakit-sakit yang lain. Itulah yang membuatkan aku begitu bimbang ketika ini.  

Perasaan aku mula lega bila mengetahui tekanan darah abah dah turun tapi tetap tinggi (190). Aku rasa Abah tahu, aku sedang menangis bila bercakap dengan dia di talifon, sayu aku dengar suara dia, lagila airmata aku mengalir laju. Ikutkan hati, aku nak jer terus pergi kat abah. Tapi abah tak bagi sebab aku dalam pantang..hurm Papa jer yang pergi melawat abah, itu pun pergi petang dan malam Papa tolong hantarkan barang-barang keperluan abah. Terima kasih papa..

Tapi petang ni aku bertawakal jer..aku tetap nak pergi tengok abah, tak sanggup lagi aku nak duduk di rumah dan membiarkan abah terlantar dekat hospital. Walaupun abah tak bagi, aku tetap berkeras nak pergi juga..
alang sentiasa berdoa untuk abah..semoga abah cepat sembuh..

"Ya Allah Ya Tuhanku, engkau sembuhkanlah penyakit ayahku.." 

-SitiSabariena-
                                                    
No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...